PROGRAM MPSM 2013
 |
Add caption |
1) Mesyuarat MPSM Lipis Ke 3 /2013
9 April 2013 di SMK Padang Tengku
 |
AJK MPSM Lipis sesi 2013 |
 |
Menunggu ketibaan ajk di bilik penegtua SMK Padang Tengku |
2) Majlis Persaraan En. Zulkifli Bin Taib
4 April di SMK Sungai Koyan
 |
Majlis Persaraan pengetua SMK Sungai Koyan, En Zulkifli b Taib bertempat di SMK Sungai Koyen pada Khamis 4 April 2013. |
 |
Selamat bersara daripada MPSM Lipis |
3) Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2012
21 Mac 2013 di PPD Lipis
Tahniah kepada sekolah-sekolah Daerah Lipis yang telah menunjukkan peningkatan dalam Peratus Lulus, GPS dan bilangan Cemerlang A. Prestasi SPM 2012 ini telah meletakkan Daerah Lipis di rangking ke5 Negeri Pahang. Tahniah juga kepada Smk Chung Hwa yang telah membuat lonjakan GPS tertinggi di Negeri Pahang.
 |
Tn PPD Lipis, Tn Hj Misnan menyerahkan keputusan SPM kepada Mr Ong Chye Beng, pengetua SMK Chung Hwa
|
4) Ziarah Cakna
28/2/2013
- YDP MPSM Lipis bagi sesi 2013, Tn Hj Syed Mohamed bersama dengan Mr Ong Chye Beng, Pn Hajah Rosidah dan Pn Rozita telah mengadakan Program Ziarah Cakna ke sekolah-sekolah dalam daerah Lipis ia itu SMK Setiawangsa, SMK Benta, SMK Panglima Garang Abdul Samad. Program diadakan bagi memberi sokongan moral serta merapatkan lagi hubungan silatulrahim dengan pengetua-pengetua yang baharu bertugas di sekolah sekolah tersebut.
 |
Ziarah cakna ke SMK Setiawangsa |
 |
Ziarah cakna ke SMK Benta |
 |
Ziarah cakna ke SMK Panglima Garang Abdul Samad |
5) Mesyuarat MPSM Lipis kali ke
Hotel Centre Point, LIPIS
Mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali terakhir yang dipengerusikan oleh En Haidzir b Hussin. Beliau yang telah memegang jawatan sebagai Pengerusi MPSM Lipis semenjak tahun 2010 kini menyambung perkhidmatan beliau di SMK Sultan Alam Shah, Putra Jaya . Beliau merakam ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala kerjasama serta komitmen yang diberikan oleh ahli jawatankuasa kepada beliau. Harapan beliau agar MPSM Lipis meneruskan perjuangan mempertingkatkan lagi prestasi sekolah sekolah menengah di daerah ini . Beliau juga
turut merakam ucapan tahniah kepada barisan pengetua -pengetua yang
kini bertugas di dalam mahu pun di luar daerah Lipis. Turut hadir bersama dimesyuarat ini ialah Tn PPD Lipis, Tn Hj Misnan serta mantan Timb. PPD Lipis, Tn Hj Hamdan Harun .
 |
Amanat terakhir daripada mantan pengerusi MPSM Lipis |
 |
Antara ahli jawatankuasa yang hadir. |
 |
Tn PPD Lipis menyerahkan cenderahati perpisahan kepada En Haidzir. |
PROGRAM MPSM 2012
1) Mesyuarat Pengurusan PPDL 2012.
Mesyuarat meja bulat telah diadakan pada 16-18 Oktober 2012 di Hotel Regency, Kuala Lumpur. Perbincangan mesyuarat berkisarkan mengenai Sijil Kedudukan Prestasi Mengikut Band (SKPM). Di antara sekolah yang telah mendapat pencapaian terbaik bagi SKPM di daerah Kuala Lipis ialah SMK Clifford, SMK Padang Tengku dan SMK Panglima Garang Abdul Samad. SMK Clifford telah berjaya meningkatkan prestasi iaitu daripada Band 3 kepada Band 2. Manakala SMK Padang Tengku dan SMK Panglima Garang Abdul Samad pula telah berjaya meningkatkan prestasi SKPM daripada Band 5 kepada Band 4. Tahniah diucapkan kepada pengetua-pengetua sekolah terbabit yang telah berjaya meningkatkan band sekolah masing-masing. Selain itu, sesi penyampaian hadiah turut diadakan untuk peningkatan terbaik SKPM bagi sekolah daerah Kuala Lipis dan pemenang pertandingan permainan bowling. Johan pertandingan permainan bowling ialah YDP MPSM Kuala Lipis iaitu Encik Haidzir bin Hussin.
 |
MESYUARAT DIPENGERUSIKAN OLEH PPD |
 |
PENGETUA DAN GURU BESAR KHUSYUK MENDENGAR TAKLIMAT
|
 |
PENERIMAAN SIJIL ANUGERAH PENINGKATAN BAND SKPM 2011 (SMK CLIFFORD) |
 |
PENERIMAAN SIJIL ANUGERAH PENINGKATAN BAND SKPM 2011 (SMK PANGLIMA GARANG ABDUL SAMAD) |
 |
PENERIMAAN SIJIL ANUGERAH PENINGKATAN BAND SKPM 2011 (SMK PADANG TENGKU) |
 |
YDP MPSM JOHAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOWLING |
2) Rombongan ke Guilling Gounzhou
Diadakan pada 18-23 September 2012. Terdapat 18 orang peserta. 9 orang terdiri daripada pengetua sekolah dan selebihnya adalah merupakan guru dan warga pendidik.
3) Persidangan MPSM Ke 51
- Diadakan pada 11-14 April 2012 di Hotel Zenith & SASICC Kuantan.
PROGRAM MPSM 2011
1) Lawatan Pengetua Lipis ke Korea & Saigon
- Diadakan pada 17-22 Disember 2011.
i) Lawatan ke Korea
ii) Lawatan ke Saigon
2) Mesyuarat Pengurusan Sekolah Menengah PPD Kuala Lipis
-Diadakan pada 29 November-1 Disember 2011
 |
Mesyuarat dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Pahang |
Peserta khusyuk mendengar taklimat
 |
Ucap utama oleh Tn PPD Lips, Tn Hj Misnan |
Taklimat MPSM
3) Kursus Pemantapan Kepimpinan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah Negeri Pahang
- 25-27 Julai 2011 di Dynasty Hotel, Kuala Lumpur
4) Malam Lestari Budi Selaut Kasih
- 25 Julai 2011 di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur
“Malam Lestari Budi Selaut Kasih” diadakan bagi menghargai jasa 21 orang pengetua yang telah dan akan menamatkan perkhidmatan dalam tahun 2011. Sirih junjung, jambangan bunga telur serta kerdipan cahaya mengiringi mereka yang dirai, tanda simbolik atas penghargaan terhadap segala jasa dan pengorbanan mereka demi mencemerlangkan anak bangsa. Tahniah kepada MPSM Lipis yang dipertanggungjawabkan mengendalikan acara sambutan tersebut.
 |
Tn Hj Syed Mohamed mengacarakan majlis makan malam |
 |
Pembacaan doa oleh En Abdul Kadir Abdul Latiff
Barisan kepimpinan Lipis bergambar kenangan selepas majlis
|
5) Mesyuarat MPSM
- 21 Julai 2011 di SMK Sg. Koyan
-Mesyuarat MPSM kali ke 3 telah dipengerusikan oleh En Haidzir b Hussain. Turut hadir bersama adalah En Hamdan b Harun , pemangku PPD Lipis , Tn Haji Zulfakhri b Idris , pegawai Unit Perhubungan dan En Mohd Fazli b Abd Hamid, pegawai Unit Menengah PPDL.
 |
Sesi perkongsian ilmu bersama En. Zulkefli B Ismail Pengetua SMK Sg Koyan |
 |
Juadah tengahari yang menyelerakan |
6) Persidangan MPSM Kebangsaan Tahun 2011.
21-23 Jun 2011 di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor
 |
Ketibaan YAB timbalan Perdana Menteri |
 |
Majlis Jamuan Makan Malam |
Sebahagian daripada peserta negeri Pahang
7) Mesyuarat MPSM
Bertempat di SMK Panglima Garang
 |
Dipengerusikan oleh En Haidir Husin. Turut serta En Fazley pegawai |
No comments:
Post a Comment