Haji
Syed Mohamed Bin Syed Agil dilahirkan di Kota Bharu Kelantan pada 30 Disember
1954 . Anak ke-5 daripada 9 adik-beradik ini dibesarkan di Rantau Panjang
Kelantan . Mendapat pendidikan awalnya di SRJK Rantau Panjang dari 1961 hingga
1966 . Pendidikan menengah beliau bermula di SMK Rantau Panjang (1967-1969) ,
SMK Sultan Ibrahim , Pasir Mas (1970-1971) , Maktab Adabi (1972-1973). Sebaik
tamat STP , beliau memegang jawatan kerani di Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya
negeri Kelantan selama setahun enam bulan sebelum mengikuti Kursus Perguruan di
Maktab Perguruan Kota Bharu , pengkhususan Bahasa Malaysia Khas (1975) . Tahun
1976 menjalani latihan mengajar di SMJK(C) Chung Hwa , Kuala Lipis dan setiap
cuti penggal mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Bahasa di Lembah
Pantai .
Kerjaya sebagai guru beliau bermula
sebagai Guru Penolong di SMK Chung Hwa , Kuala Lipis ( 1977-1984 ) , SMK Setia
Wangsa (Jan-Mei 1985 ) Jun 1985 melanjutkan pelajaran Program Bacelor
Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama ( PBMP ) di UPM
sehingga 1988 . Selepas tamat pengajian di UPM , 1 Januari 1989 ditempatkan di
SMK Clifford sebagai Guru Penolong dan 1 Januari 1996 dilantik sebagai GPK HEM
di sekolah yang sama . Beliau ditukarkan sebagai Penolong Pegawai Pelajaran
Daerah , Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Lipis (Sektor Pergurusan Sekolah dan
Pembangunan) mulai 16 April 1997 sehingga 15 Julai 2005. Kerjaya sebagai
pengetua pula bermula di SMK Seri Lipis (16 Julai 2005 sehingga 15 November
2007 ) . Beliau kemudiannya ditempatkan di SMK Padang Tengku (16 November 2007
sehingga 15 Mac 2009) . Beliau ditukarkan sebagai Timbalan Pegawai Pelajaran
Daerah , Pejabat Pelajaran Daerah Raub mulai 16 Mac 2009 sehingga 31 Ogos 2010
. Mulai 1 September 2010 , beliau ditukarkan sebagai Pengetua di SMK Kerambit ,
Kuala Lipis sehingga 15 Disember 2011 . Kemudiannya ditempatkan di SMK Panglima
Garang Abdul Samad , Benta (16 Disember 2011 – 31 Disember 2012 ) . Kemudian ditempatkan
pula di SMK Orang Kaya Haji Kuala Lipis bermula dari 1 Januari 2013 sehingga
kini .
Beliau banyak menimba ilmu dan
pengalaman sebagai guru , pentadbir dan pengetua . Pengalaman beliau membuat lawatan sambil
belajar dan ‘Bench Marking’ di dalam dan luar Negara seperti London , Paris ,
Los Angeles , San Francisco , Las Vegas , Honolulu (Hawaii), Tijuana (
Mexico ) , Brisbane , Gold Coast
(Australia ) , Karachi (Pakistan) , Delhi , Agra , Jaipur , Kashmir ( India ) ,
Korea , Beijing , Guilin , Guangzhou ( China ) , Mekah , Jeddah , Kuwait ,
Jordan , Jakarta , Bandung , Jogjakarta , Solo , Surabaya , Bali , Aceh , Medan,
Pekan Baru , Bukit Tinggi , Padang (Indonesia) , Bangkok , Chiang Mai , Phuket
, Hatyai , Songkla , 4 wilayah selatan Thai (Thailand) , Saigon (Vietnam) , Singapura
, Brunei telah mengaplikasikan dan banyak memberi impak kepada pergurusan dan
pentadbiran sekolah-sekolah tempat beliau bertugas . Sepanjang perkhidmatan ,
beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 2 kali iaitu
pada 1994 dan 2005 serta Anugerah Ahli Mahkota Pahang (AMP) oleh KDYMM Sultan
Pahang pada 2005.
Keyakinan terhadap keupayaan diri
serta kerjasama seluruh warga sekolah telah dapat digembling dalam usaha
mencipta kecemerlangan di setiap sekolah tempat beliau bertugas terutama dalam
melonjakkan prestasi akademik , kokurikulum , disiplin / kemenjadian pelajar ,
budaya kerja guru , persekitaran yang kondusif , pengurusan dan pentadbiran
yang mantap , telus , tulus dan berintegriti , pengurusan asrama memenuhi
ciri-ciri Anugerah Seri Asrama Terbilang , serta menjalin hubungan komuniti dan
PIBG yang baik dan berterusan . Di atas kemampuan dan kebolehan beliau itu ,
beliau diberi kepercayaan untuk menerajui Biro Lawatan Dan Profesional MPSM
Negeri mulai 2008 dan sekarang YDP MPSM Daerah .
Kejayaan seseorang pemimpin mengubah
keadaan yang ada kepada keadaan yang lebih baik bergantung kepada
kebijaksanaannya mengurus sumber manusia di bawah kawalannya . Seorang pemimpin
perlu memenangi hati anak buahnya dan beliau mengamalkan budaya penyayang
“loving & caring” , memahami perasaan dan keperluan , boleh dipercayai ,
berfikiran terbuka/positif , sabar , empati mendengar , tegas dan kerja kuat .
Itulah budaya kerja yang beliau amalkan .
Rozita binti Kamaruddin dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 5 Oktober, 1961. Beliau
merupakan anak ke-3 daripada 7 adik-beradik. Mendapat pendidikan rendahnya di
Sekolah Rendah Bukit Gelugor, Pulau Pinang (1968 ), Sekolah
Rendah Methodist Sungai Siput, Perak ( 1969 ) dan Sekolah
Rendah (P) Methodist, Kuala Lumpur (
1970- 1773) . Pendidikan menengah beliau bermula di Sekolah Menengah (P)
Methodist, Kuala Lumpur (1974-1976) , Sekolah Menengah Convent, Kelang
( 1977-1978) dan Vanto Academy ( 1979). Setelah tamat pendidikan sekolah menengah, beliau menerima tawaran
biasiswa Kementerian Pelajaran untuk
melanjutkan pendidikan tertiari di Canada, bermula dengan Grade 13 di Loyallist
Collegiate & Vacational Institute, Kingston, Ontario. Beliau kemudian mengikuti program B.A Linguistics di York University, Toronto, Canada (1982
-1986). Beliau juga telah mendapat Sijil Pendidikan dari Maktab Perguruan
Lembah Pantai ( 1986) .
Beliau memulakan kerjaya guru sebagai
Guru Penolong di SMK Clifford, Kuala Lipis (1987-1996), Ketua Bidang Bahasa
(1996-1997) di SMK Padang Tengku, Kuala Lipis
( 1996) dan kembali semula ke SMK
Clifford, Kuala Lipis sebagai GPK HEM
(1998-2005). Beliau kemudiannya
ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah Lipis sebagai Pegawai Bahasa (
2005-2009 ). Kerjaya beliau sebagai
pengetua bermula di SMK Padang Tengku, Kuala Lipis pada 1 Mac 2009 sehingga
kini.
Pada
tahun pertama menerajui sekolah
merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Namun segalanya menjadi lebih
mudah dilalui dengan adanya sikap keprihatinan, sokongan serta perkongsian ilmu
daripada rakan- rakan pengetua dan staf Pejabat Pelajaran Daerah. Pengalaman yang diperolehi selama 7 tahun
sebagai GPK HEM, 3 tahun sebagai Pegawai
Bahasa di Pejabat Pelajaran Daerah Lipis serta lantikan sebagai penasihat mahkamah
kanak- kanak dan Pesuruhjaya Pandu Puteri Daerah Lipis juga banyak membantu terutama dalam meningkatkan lagi kemahiran
interpersonal beliau yang amat diperlukan dalam mengurus sesebuah sekolah.
Penerapan konsep kekeluargaan dan amalan
‘ Turun Padang ‘ serta dasar 'Pintu Terbuka' dalam pentadbiran dan pengurusan
di sekolah juga didapati mampu melahirkan persefahaman serta hubungan yang
lebih akrab antara seorang pengetua
dengan warga sekolah serta ibu bapa. Konsep dan amalan terbaik ini juga
berupaya membina persekiaran sekolah yang lebih harmoni dan kondusif dalam
merealisasikan harapan sekolah serta negara.
Ahmad bin Mohd Yusof dilahirkan di
Kampung Kemahang, 27310 Benta, Kuala Lipis, Pahang pada 01 Oktober 1961. Anak
ke-3 daripada 10 adik-beradik ini dibesarkan di Kampung yang sama. Mendapat
pendidikan rendahnya di SK Kemahang dari 1968 hingga 1972. Pendidikan menengah
beliau bermula di SM Budu (Sekarang SMK Panglima Garang Abdul Samad, Budu,
27310 Benta, Kuala Lipis, Pahang (1973 - 1976), SMK Clifford, 27200 Kuala
Lipis, Pahang (1977 - 1978), SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan (1979 -1980).
Pendidikan tertiar beliau bermula dengan mengikuti program Diploma Sains Dengan
Pendidikan di UPM, Serdang, Selangor (1981-1982), Bacelor Sains Dengan
Pendidikan (Kepujian) (1982 -1986).

No comments:
Post a Comment