Perkongsian Ilmu


DETAK DETUP DEBARAN NEW DEALS
Oleh

HAJAH ROSIDAH BINTI KAMALUDIN
PENGETUA
SMK ORANG KAYA HAJI KUALA LIPIS PAHANG 2012


            Salah satu KPI Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) Kementerian Pelajaran  Malaysia  ialah Anugerah Tawaran Baru Pengetua (New Deals ) untuk pengetua yang berjaya mencapai SKOR KOMPOSIT Cemerlang ( 92% ke atas) atau MELONJAKKAN SEKOLAH sekurang-kurangnya 300 kedudukan  dengan memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan . Saya sebagai pengetua SMK Orang Kaya Haji (SMKOKH)  telah menandatangani bai’ah tersebut pada 15.06. 2010.
            
            15 April 2011, tarikh tutup pengisian data SKPM ’On Line’ , dua hari selepas itu  pihak PPD Lipis telah membuat jangkaan sekolah yang mungkin tersenarai dalam ’New Deals NKRA KPM  2010 , SMOKH adalah senarai teratas. Debaran menanti pemantauan Jemaah Nazir dan pelan tindakan siap siaga sekolah mengikut tahap ditetapkan bermula.....

19 April 2011 perkongsian pengalaman persiapan ’new deals’ bersama Guru Besar SK Tempoyang  ( penerima Anugerah New Deals 2010 ) . Tuan PPD dan pegawai-pegawai di PPD Lipis juga banyak membantu sekolah dalam memantapkan sistem dokumen pengurusan. Saya bersama barisan kepimpinan sekolah sejak awal tahun ini lagi telah pun menjalankan gotong-royong dan bengkel dalam program LADAP sekolah untuk merealisasikan sekolah kondusif dengan tema ”Sekolah Indah Bermaklumat dan Berwawasan” . Apabila senarai calon New Deals diumumkan, warga sekolah hanya perlu mengemaskini dan menyusun maklumat mengikut senarai 53 fail yang dikehendaki sahaja, di samping menyebar luas kefahaman seluruh komuniti sekolah terhadap visi dan misi sekolah.

            Pada tanggal 18 Mei 2011 fax masuk ke sekolah dari Sektor Jaminan  Kualiti JPNP , SMK Orang Orang Kaya Haji  tersenarai sebagai  calon New Deals NKRA 2010 antara 14 buah sekolah seluruh negeri Pahang. Seluruh warga sekolah menyambutnya dengan gembira dan bersyukur kerana  usaha keras warga pendidik sekolah ini mendapat penghargaan dicampur juga perasaan bangga kerana di daerah Lipis, SMOKH sahaja tersenarai sebagai calon bai’ah sekolah menengah.  Maka bermulalah debaran seluruh warga sekolah menunggu kehadiran Jemaah nazir memantau sekolah.
                                                                 
            19 Mei 2011 sekolah dikunjung bantu oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Lipis. Beliau membantu memantau dokumen-dokumen pentadbiran khasnya kewangan. Taklimat dengan semua guru-guru dibuat terutama tentang persediaan pencerapan P&P dan Buku Rekod Mengajar. Etika pakaian juga dititik beratkan. Guru wanita yang tidak memakai kasut bertutup turut ditegur. Lucunya ramai guru wanita membeli dan memakai kasut baru....ada yang melecet kaki kerana tak biasa ! Terima kasih tuan PPD atas belanja 4 biji kek pada hari itu.

            20 Mei 2011 Pegawai Sektor Jaminan Kualiti JPN Pahang datang untuk pantau bantu. Beliau amat  membantu  terutama tentang kandungan fail dengan menekankan ketepatan maklumat, mudah diakses dan maksimum penggunaan secara bekesan serta berimpak. Aspek keselamatan dan susun atur maklumat penting khasnya visi misi perlulah keterlihatan kepada umum di semua kelas dan bilik khas serta kawasan strategik sekolah. Ekoran dari itu pada sabtu 21 Mei 2011  semua guru dan kakitangan dibantu oleh pelajar asrama membuat gotong-royong persiapan akhir supaya  semua aspek siap sedia.

            23 Mei 2011 tiga orang pegawai PPD turut berkunjung memberi sokongan moral dan teguran nasihat. Sokongan juga diterima dari YDP PIBG serta rakan-rakan turut menghantar SMS tahniah dan sokongan. Terima kasih semua.

            Tanggal 25 Mei 2011 ( Rabu ) tepat jam 8.20 pagi yang ditunggu telah tiba, sekolah dikunjungi oleh empat orang Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM. Diketuai oleh Ketua Nazir Negeri Kelantan, seorang Nazir Putrajaya dan dua orang Jemaah Nazir Pahang Cawangan Raub. Saya bersama Guru-guru Penolong Kanan menyambut kehadiran mereka dan dibawa ke bilik pengetua untuk menandatangani buku pelawat. Seterusnya  dibawa ke bilik seminar di mana semua dokumen yang perlu dipantau ditempatkan.
           
Majlis bersama jemaah nazir dimulakan  dengan ucapan Ketua Jemaah Nazir yang menyampaikan ucapan tahniah  KPM untuk pihak sekolah kerana berjaya menjadi calon Anugerah Bai’ah 2010. Diikuti dengan pembentangan pengetua, slaid mengandungi profil pengetua, profil sekolah dan program serta kejayaan sekolah dalam bidang pentadbiran, kurikulum, kokurikulum, HEM, projek pembangunan sekolah dan hubungan komuniti dalam tempoh tiga tahun 2008 - 2010. Seterusnya Jemaah Nazir memantau  terutama dokumentasi selaras dengan penarafan SKPM sekolah. Pemantauan persekitaran sekolah termasuk bilik khas dibuat dan kami amat bersyukur apabila nazir memuji persekitaran sekolah menarik dan penuh maklumat.

            Pada hari pemantauan Peperiksaan Penggal Dua 2011  masih dijalankan. Sehari sebelum saya telah mengarahkan guru bertugas menyemak jadual peperiksaan untuk menyediakan ruang  nazir memantau P&P guru. Mujurlah pada hari itu tingkatan 4 dan 5 hanya periksa subjek elektif .Kami telah mengasingkan pelajar yang tidak menjalani peperiksaan ke bilik-bilik khas iaitu bilik Tayangan, bilik Matematik dan bilik bahasa Inggeris. Tiga orang guru telah sempat dipantau iaitu mata pelajaran Geografi tingkatan 5, Bahasa Melayu tingkatan 4 dan bahasa Inggeris tingkatan 5, pihak nazir berpuas hati.

            Ramai juga warga sekolah termasuk jaga telah ditemuramah mengenai maklumat sekolah. Saya berterima kasih kerana seluruh warga sekolah yang berkerjasama penuh termasuk pengusaha kantin telah menyediakan hidangan enak hari itu...salah satu menu sup ayam kampung, sumbangan GPK HEM. Semua pelajar SMKOKH berkerjasama penuh, mereka amat tertip dan aktif dalam kelas yang dipantau. Nazir memuji disiplin pelajar, terima kasih.

            Tepat jam 2.00 petang majlis penutup diadakan, Jemaah nazir bersama pengetua dan guru-guru penolong kanan. Ketua jemaah nazir mengucapkan terima kasih atas sokongan penuh warga sekolah sepanjang pemantauan. Mereka berpuashati dan memohon pihak sekolah turut berdoa agar pengugerahan tetap dimiliki kerana pemilihan akan dibuat oleh panel akhir yang akan bersidang dalam masa terdekat. dapatan kekuatan sekolah akan dibentangkan oleh wakil nazir kepada panel tersebut. 3.30 petang setelah makan tengahari jemaah nazir bergerak pulang meninggalkan SMK Orang Kaya Haji. Terima kasih tuan.


PERKARA
PRESTASI SEKOLAH
2009
2010
PENINGKATAN
SKPM
83%
92%
9 %
GPS PMR
3.32
3.01
0.31
GPS SPM
6.32
5.55
0.77
INDEKS KOMPOSIT
50
56.47
6.47
BAND
5
5
-
RANKING
1770
1303
467


              







     Peningkatan Indeks Komposit Sekolah 6.47 dan Ranking sekolah meningkat 467







No comments:

Post a Comment